king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

KHAT CALLIGRAPHY

Related image

Yo wassup wassup, assalamualaikum gaissss. 

As you know, in my last post aku ada sebut pasal aku ada job kan. But bukan job tu je yg aku dapat. Ada lagi....like aku ada jual khat calligraphy, bookmark khat and so on. 

Ada orang maybe tak berapa tahu apebenda khat calligraphy ni. 

Image result for i don't know gif

Okay la aku terangkan apa yang aku tahu ok? Kalau salah, tolong perbetulkan ehehh. Khat calligraphy ni sebenarnya seni khat warisan Islam. Khat ni ada banyak jenis pulak. Yang paling famous setakat ni khat kufi. Khat kufi ni acaneee pulak. Khat kufi ni macam :

Image result for khat kufi

aha satu jela contoh aku boleh bagi. nak yang lain search sendiri la ingat aku ni apa hukhuk T^T

Soooo, if you guys berminat nak beli khat calligraphy ni just DM kat mana2 instagram yang kat bawah ni:

1. @rjarifah
2. @ghajore.calligraphy

Oh bukan boleh DM jerps, whatsapp aku pon boleh. 

013 254 3578
013 254 3578
013 254 3578

OH NO NO NO NO JAUHILAH WICET YA RABBI. Ahahaks, aku takde wicet so whatsapp je ok?
Hahaha aku ni bab promote barang laju je so sesape nak paid review bagitau je aku tolong reviewkan kat ig hahaha

Oh maybe ada orang nak tengok contoh khat calligraphy ni kan? Jap jap. Nah : 

STANDARD (ARTCARD, ONLY SIZE A4 DAN A3, BOLEH BELI SEKALI DENGAN FRAME)

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
(NI CONTOH YANG ADA FRAME)


No automatic alt text available.
(STANDARD PUNYA)

Actually yang korang nampak dalam gambar tu, ada jugak tulisan rumi kat artcard tu kan. Yes yes, korang boleh nak tambah pape ucapan like (Selamat hari jadi, Semoga bahagia, Selamat hari guru) OR WHATEVER JENIS UCAPAN DIBOLEHKAN.

So yang tu standard punyakan. 

Aku boleh kasi harga RM 55 (INCLUDING POSTAGE)
YES YES YES INCLUDING POSTAGE DAH RM 55 TU. 

Not bad la. Ada orang jual lagi mahal (huhu ayat bodek)

Yela, harga tu dah ok dah tauu. Sebab apa? OK meh aku gitau.

1. Ingat dakwat utk tulis tu beli dekat pasar malam ke apa huhuhu
2. CUSTOM FRAME 
3. BOLEH CREATE DESIGN
4. Material artcard 260GSM
5. Ditulis dengan handam ( Alat tradisional seni khat)
6. Size a4 dan a3 sahaja.

So acane? Dah cerah dah? hahaha

Kalau nak yang jenis UP sikit, khat tu akan dibuat atas canvas and high quality punya lah.
Kalau korang nak design nama sendiri, aku offer package exclusive punya. Antara contoh: 

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Nak tahu harga cepat cepat whatsapp aku.

Ada size jugak utk canvas ni

1 - A4
2 - A3
3 - 1.5 x 1 kaki
4 - 2 x 1.5 kaki
5 - 2 x 2.5 kaki
6 - 3 x 2 kaki

So kalau rasa berminat nak beli, jom whatsapp aku

013 254 3578
013 254 3578
013 254 3578






ALHAMDULILAH

Related image
OMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAGODDDDD
LAMANYAAAAAAAAAAAAAAA TAK BUAT POST KAT BLOG HAHAHAHA

Assalamualaikum semua! Sihat kee semuaa. Harini aku nak post pasal... taktau la hahaha, Sebab lama gila dah berkurun dah aku tak post kat blog sebab aritu taktau password tetiba rasa nak search website blog sendiri je. Aik! Tetiba hidup lagi! (aku mati2 dah ingat dah takde blog ni) hahahhaha

But sokay. By now aku akan sentiasa update blog ni in shaa Allah kalau ada masa, ada mood or ada topic yang best utk disharekan . Ceh, tapi yang penting kalau ada tenet la. Sebab kalau takde tenet cane nk post huhuhuhuhuT^T

Related image

HAAAAAAAAAA ACTUALLY ADA BENDA NK CAKAP. Alhamdulillah, lepas SPM ni ada beberapa job yang aku buat. Dapat sambutan ke tak tu belakang cite la. Yang penting ada job huhuhu tapi takde la job yang keluar rumah. Kita pakai jual kat online je ahaks. Betul la, kita kena ikut trending dunia zaman sikarang. 

HAAAAA APA JOB TUUU RAJE OII? Job tu.... huhu jadi agent je. Agent jual buku islamik. Alhamdulillah , kalau jadi agent ni kena banyak berzikir and banyak bersabar sikit huhu sebab persaingan tu hebat bak ang. Bukan aku sorang je yang jadi agent ahaks. Sooooo, antara buku2 yang aku jual (kalau sesape nak tahu la):

📔Henshin - RM25
📔Dakwah Sentap - RM25
📔Henshin Muslimah - RM25
📔Henshin 2 - RM35
📔Move On - RM25
📔Move In - RM25
📔Coklat Tarbiah - RM30
📔Tarbiah Dari Langit - RM25
📔Dealova - RM30
📔Infiru - RM25
📔Diari Akhirat - RM25
📔Aku Student Medik - RM25
📔Henshin Mahasiswa - RM25
📔Henshin Daie - RM25
📔Cerpen Sentap - RM25
📔Tarbiah Basah - RM25
📔Aku Bukan Malaikat - RM25
📔Aku Ingin Berubah - RM25

Bebb semua ni harga fix dah. Tapi tapi tak including postage lagi tu tau. But jangan risau. Sesape nak beli, postage semenanjung just RM 7 je and kalau sabah/sarawak lak RM 11 jerpsssssssssssss. 

No worries ah, buku2 ni semuanya best gila bapak ah. Aku yang hati kering ni pon kekadang bila baca antara buku2 ni , keluar gak air mata ni ha huhukhuk mengenang dosa dosa yang telah lalu. Ceh. Ye sis . Sikit tak tipu. 

Image result for want gif

SO SESIAPA YANG BERMINATTT NAK BELI JOM WHATSAPP AKU SEKARANG SEBAB STOCK STILL PANAS LAGI. 

013 254 3578
013 254 3578
013 254 3578

Jangan risau ah beb. Aku balas whatsapp laju punya tapi takleh la sepantas buraq. Allahu. Aku pon ada tahap kelajuan dalam membalas whatsapp huuhuhuh okay cau!!

Image result for sincerely

Mumtaz Arabiy '13



yayyy. hello semua hello. Malam ni nak post pasal kem mumtaz arabiy kat Ulu Sepri, Rembauu. Saya pergi under school. Semua form2  tapi ada 2 orang form1. k :D Tapi sedih gila sebab takde Haziqah, Fatin, Alya.

Kitorang naik bus. Hahaha saya bawak beg besar satu, dengan beg sandang. Wakakaka xD dengan gantung tudung sekolah. Susah kot gantung2 ni -_- Kitorang gerak dalam kul 12 lebih kot tak silap. Bus sampai lambat sikit -____- Kitorang naik bus smka maahad hamidiah kajang. Oyeh oyeh. Masa nak naik bus, Naja naik dulu sebab nak cop tempat kat belakang skali. hahahaha xD Naja gempuuukss en :p Naja tu jenis sempoi skit. Yang saya tahu, kat belakang punya tempat, saya, Izzah, Naja, Ayu. Irdina dengan Mye, Salwa dengan Wawath. uuuuu :D



Nak tahu tak? Irdina bangga sebab dia ada glitter. Dia main natee tu dalam bus. Pstu men baling2 kat orang. Sakai nya minaaah. lahai ._. dah la saya tak suka glitter -__- Say no to glitter -___- dalam perjalanan, kitorang gossip2 le, kitorang main dengan anak ustazah Syukriyah. hahahaahahahahaha. The moment time Wawath pergi seat ustazah Syukriyah sebab nak pergi amek anak ustazah, pastu time dia jalan dalam bus nak g duduk kat tempat dia balik, dia dukung baby tu macam.................... hahahahahhahahahaha. Saya kat belakang gelak tak henti2. hahahah



Wawath cukup gempak xD loooooooooooool. Ok. Masa bus stop kat RnR mana tah, saya, Izzah, Ayu, Irdina, Wawath, Salwa, Mye, Naja, turun bus, pastu pergi beli CoolBlog xD wahwahwah. Izzah belanja saya. fuuuuuuuuuh. Loveyou xD CoolBlog honeydew. wuutwuut.

Lastt2, sampee jugak kat Ulu Sepri, Rembau. Alhamdulillahh. :) Lepas sampai je, semua pelajar pergi solat kat surau jap. pastu masuk dewan. Dalam dewan ada sorang pakcik btn kat situ, nama dia Pak Usop :p Usop Wilcha. wakakak. takdelah. jkjk. Dia kasi taklimat. Pastu kitorangg masuk dormm. Dalam dorm, ada  Ayu, saya, Izzah, Irdina, Alya, Nik, Naja, Nina, Wawath, Salwa, Bi'a, Adilah, Hamizah, Mye, n Fifah. 
Wuutt. First day, bosan. Sebab banyak belajar. Diikuti dengan second day, bosan jugak sebab belajar je :p Third day, PALING BEST. hahahaha. sebab tak belajar :p wakakaka. 


K. skiip pasal first day dengan second day. Nak cerita pasl third day :D cey, mentang mentang tak sabar nak balik en -.- wakaka. yang saya tahu, saya dengan Iffah, Amirullah dengan Syakir kena buat persembahan "Al Hiwar". Means, persembahan perbualan dalam bahasa arab. pergh. Tangan ketar gila kot kat atas pentas -___- pastu lepas persembahan, acara bagi2 hadiah. masa bagi2 hadiah tu, first sekali nama group saya kena panggil. Tetiba nama saya kena sebut. Dah la time tu saya tengah cakap2 dengan Ayu. Memang blur a time tu. Lepas dah abes majlis penutupan tu, Mye! Mye gedik2 nak amek gambar dengan abang Ipin aka abang Afiq Ariffin aka AA. HAHAHAHA. 


Pastuuu, kitorang amek lee gambar dengan abang fasi tu. wakaka xD Memories lah katakan :) 


K leeeeeeeeeee.nak tidooo aaaaa. ngantuk gila sekarang xD kalau ada masa lagi, nak post pasal lain lak :) okay? okay leeee. kehkeh. k bye :) assalamualaikum. selamat malam xD 

Birthday ibu.



hola semuaa. haha, harini tanak post panjang2 sangat. sebab? haaaaaaaa ada ah. SPECIAL. hehe, yep. memang special pon. Sebenarnya, semalam birthday ibuuuuuuuuu<3 haaa sebab tu special. so, nak cerita la sikit pasal semalam hihihi.

1.2.2013. weee. tarikh tu cantik. hihi. Malam 31.1.2013 tu, abang dengan aqis pergi beli kek kat baskin robbin :3 pastu lepas balik, kakak dgn abang ipar datang. untuk celebrate laa. hihihi. masa tu, saya kat dalam bilik, tengah buad kerja --' banyak gila kerja ok. tengah2 buad, tak sedar diorang dah start potong kek :P tak ajak :( pastu, baru la lepas tu abang panggil suh makan kek kt bawah. tapi, saya makan kejap je. sebab time tu dah kenyang sangat. tak lalu nak makan kek. kekekeke. pastu naik bilik balik, sambung buad kerja --'

Kakak sempat la jugak snap gambar. hihihi. nahh.





haaa, sayang ibu sampai bila bila :) k itu sahaja! bye! assalamualaikummmm^^

2 AQ? Arghh



Hola semua :D Selamat sejahtera, salam 1Malaysia. *aduuuuu* okeng. Pada malam ini, saya, nak cerita sikit pasal 2AlQamar.



ya Allahhh. betapa bestnyaaa duduk dalam kelas tuuuu. bagaikan arggghhhhhh. -_- rasa cam nak bunuh sensorang pelajar dalam kelas tu. takpe, sabar. *wink wink*

Okay, ceritanya macam ni......

------------------------------------------------------

Masa first day sekolah, semua orang muka selenga termasuklah saya. Okay.... pelajar form1 ramai gila. Semua pelajar kena beratur kat perhimpunan. Masa perhimpunan, dengar laa ucapan dari pengetua dan dan semua laaaaaaah. Pastu, abes je perhimpunan, semua pelajar form2, 3 masuk kelas kecuali pelajar form1 sebab ada orientasi :3 Masa orientasi, pengawas PRS yang handlekan. okk. dah abes cakap pasal ni.

*semasa di kelas*

Saya, naja n alya. Kitorang same kelasss ^_^ dalam kelas, saya dengan alya duduk kt belakaaaaang skali. hahaha. naja dengan syaqiera duduk sesame. Okay.. masa first day, kitorang tak buat pape pon. Biasanya, guru kelas akan masuk. yedak? tapi kitorang? guru kelas tak masuk *weeee* -_- Kelas kitorang, semuanyaaa cikgu baru yang akan ajar -_- sikit2 je cikgu lama. ok.
Yang saya tak sukenya akan 2AQ tu, ialah. budak2 lelaki semua sakai, selekeh -_- naqiud lah, irman, syafiq erghhhhhhhhh. ok. sabar. *wink wink*


*masa rehaat*

Macam biasaaa. saya, irdina, haziqah, mye n fatin. Kitorang rehat sesame ^^ paling takleh blanya, bila jumpa irdina, macam orang gila. hahaha. sebab? yelah, kitorang dah lama tak jumpa. macam tu lah jadinya :3 masa rehat, ya Allahhh. ramai gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa orang beratur utk beli makanan :O panjang gila barisan. entah macam mana la makcik kantin tu boleh handle. o_o
pastuu, lepas kitorang rehat, kitorang pegi surauu utk solat dhuha. :D hmm macam normal. tapi, surau padat. ramai gila k. o.O



------------------------------------------------------

Okeng. kita skip sampai sini dlu boleh? hehehe. sebab perut dah berbunyi. so, kena g makan la :) okk byeeeeeeeeeeeeee! Assalamualaikum :)

ibrahim bin amer munawer, superman kecilku :)

                                                           

hola semua :) ya Allah.. lamaanyaa tak update blog :/ sorry maaf sorry sbb privatekan blog. hewhew :P saje je nak privatekan. sbb hobi :)

okay, saya nak start cerita ni. boleh? terima kasih ;) Bismillahirrahmanirrahim..
Okay. Dah baca tajuk untuk hari ni apa? Alhamdulillah.. Ibrahim bin amer munawer :)

Yep. Sedap je nama tu kan? sebenarnya, tu nama anak Amer Munawer :) ahli Almawlid. Ya Allah.. comel gila Ibrahim tuu. Nak tgk gambar dia? Sat.








Comel kan? Sejuk hati tengok. MasyaAllah.. subhanaAllah.. Allahuakbar. Indahnya ciptaanMu, ya Allah :') Tak boleh nak cakap ape lagi dah. Comel sangat.

Itulah. CiptaanNya sentiasa cantik :) Tapi, sesetengah orang suka ejek orang kan? Kita ejek orang tu, maksudnya kita hina ciptaan Allah. Jdi, sesape yg suka sangatt ejek orang tu, cepat2lah pegi minta maaf selagi dia masih ada :) InshaaAlllah.. dia maafkan :) kalau tak maafkan jugak.. kita doakan supaya hatinya terbuka utk maafkan kita :) rasanya sampai sini je kott :) sbb nak siap2 utk pergi solat hajat kat skolah. InshaaAllah saya akan update lagi n lagi. haha tu pon kalau rajin :P hehe. akhir kalam, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)

Madrosatii :)



Hari ni, saya nak cerita sikit tentang sekolah saya. Boleh? Terima kasih :P Baik, nak tahu taaaaak. Saya cerita dari A-Z. Boleh? Terima kasih :P



-----------------

Dulu, masa saya sekolah rendah, masa darjah6, saya menetap di SKPP8(1). Darjah6? Biasa lah, UPSR. Time semua pelajar kena berkumpul kat dataran, masa tu cikgu nak umumkan siapa dapat 5A. Saya ingat lagi, masa tu saya duduk sebelah rakan akrab saya. Okay. Saya rindu dia :') Nvm. Masa dah diumumkan semuaa. Alhamdulillah.. seramai 43org dapt 5A. Saya? Hehe, alhamdulillah jugak.. kerana saya dapat 4A1B. Ya Allah.. bersyukur sangat2 sebab time trial UPSR saya dapat 1A4B jee :(

Alhamdulillah.. ayah dan mak saya pon turut gembira dgn result saya tuu. Ok, nak dipendekkan cerita, selepas dapat result tu, mak saya tanya, "nanti ifah nak sekolah mana?" Saya terkejut. Saya pon jawablah dengan hati yang tenang :P "ifah nak sekolah SMKPP8(1)." Mak saya lagi lah terkejut dengan respon saya tu. Mak saya cakap, sekolah tu, disiplinnya tak terkawal sikit. Jadi, saya pon angguk tanda setujulah dengan kata kata mak saya tu.

Pada suatu malam, *acece*, mak saya tanya saya, "ifah, dekat Presint 11, ada satu sekolah agama baru bukak. Nama sekolah tu.. SMAPUTRA. dekat sekolah tu pon hanya ada pelajar form1, dengan form2." Saya jawab, "oo.. takpelah ibu.. ifah tak nak pon.. nanti kena balik lewat.. kalau sekolah dekat SMKPP8(1) ni, kalau KAA, balik pukul 5 setiap hari Selasa je. Lagi pon, Presint 11 jauh dari rumah kita kan.. ifah boleh lah pergi sekolah dengan ibu je.." Mak saya balas "lah.. macam tu pulak.. kan dulu ifah sekolah Al Amin. Ibu tengok, ifah boleh je menyesuaikan diri dengan sekolah Agama.. macam mana ifah boleh tak selesa pulak balik lewat? Sekolah Al-Amin tu kan balik petang jugak.." Saya jawab balik "yelah ibu.. nanti ifah fikir nak sekolah mana.." 
Untuk pengetahuan semua (pembaca), mak saya bekerja sebagai guru di SMKPP8(1). Jadi, beliau dah masak dengan perangai budak budak sekolah situ.

Pada keesokan pagi, mak saya tanya saya, "dah fikir nak sekolah mana?" Saya cakap.. "dah kot.."Balas mak saya, "ha, sekolah mana? " Saya terus jawab yang saya nak sekolah SMKPP8(1). Mak saya tersentap. Mak saya ingat, pilihan saya SMAPUTRA.. rupanya tak.



Dipendekkan cerita, mak saya memaksa saya jugak untuk mendaftarkan diri ke sekolah SMAPUTRA tu.. Jadi, pada hari pertama persekolahan, saya menjejakkan kaki dengan berat hati. Sangat berat hati. Tapi, mujurlah ada seorang kawan dari sekolah rendah saya dulu.. tapi kami berdua tak rapat sangat.. tapi, Alhamdulillah.. saya dapat lah jugak menyesuaikan diri dengan dia.

Beberapa bulan kemudian... Alhamdulillah.. saya bersyukur kerana mempunyai rakan rakan yang sangat baik . Syukur. Alhamdulillah juga.. saya dapat berjaya dengan menyesuaikan diri dengan situasi di sekolah tersebut. Alhamdulillah.. saya dah mula menyukai sekolah tersebut. Alhamdulillah.. saya dah mula sayang akan sekolah tersebut :')

----Tamat----

Nampak tak? Pada mulanya, saya amat tak suka sekolah tu walaupon tu sekolah Agama. Tetapi, semakin lama, semakin saya sayang akan sekolah tu. Kenapa? Macam mana boleh jadi macam tu? Saya dah dipilih olehNya untuk sekolah disini. Memang saya terpilih. Ustaz cakap, "Kamu semua patut bersyukur kerana dipilih masuk ke sekolah Agama ini. Kamu terpilih.. tidak seperti orang diluar sana. Ingat, bukan senang untuk masuk sekolah ni.. orang yang terpilih sahaja boleh masuk ke sekolah ni.. Bersyukurlah."



-Ku panjatkan berjuta juta syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memilihku ke sekolah ini.-

Nor hanani Rosli.

                          

hello semua dan selamat malam =) pada malam yang indah ini, saya,  Raja Arifah Hayati ingin share cerita pasal............. seorang perempuan. Perempuan ni merupakan seniyour saya yang boleh dikategorikan 'budak baik tapi gilagila'.

Haha, okay :D Nama diaaaaaaaa... erm.. ha! NOR HANANI BT ROSLI. Akak, saya harap nama akak tu betul :3 hehe. Apa yang saya nak cerita tentang dia adalah.. dia merupakan kakak senior yang boleh dikatakan agak lama saya kenal. Agak lama? Yes, agak lama. hehe. Kitorang, rapat lah jugak :) and saya anggap dia tu dah macam kakak saya sendiri. Biasalahh, kakak2 saya semua takde kat rumah. Ada yang dah kahwin, dan sorang lagi tengah study kat oversea. Hoho :3

Apaaa? Nak tgk muka dia? Alamakk. kalau korang semua tengok gambar dia, mesti cair. HAHA :)



Yeaaaaaaaaaaaaaaaaap. So ni lah dia :D cun? APA?!! memang cun pon :3 hahaha. FYI, dia dah taken k. *eh, betul ke?* haha, ada ada jea. okay, tak kesah la dia dah taken ke belom. Hehe :D Argh, dah tak tahu nak cakap apa. Cair gila tengok muka dia :p



Okay, cukup jelah kot sampai di sini. Harap maklum. haha :D dah kul brape dah nii. nak kena tidur duluu. Besok pagi kena bangun awal :3 hehe. Okay, akhirul kalam, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)



Support the Change!

                             

Hello people! Sihat? Semoga sihat sihat jee yee :) Alhamdulillah, saya sihat walafiat.. ya Allah.. dah lama tak update blog. hoho :3 Takpe2. Hari ni saya rajin sikit. hehe, sikit je. Jadi, sempena hari ini, saya nak share lah sikit berkenaan..... ce tgk gak tajuk post ni~ haaa, pasal Support the Change!

Yeap, tu lah tajuk yang saya nak share sikit pada hari ini. Dari segi tajuk tu, kita boleh tahu tentang 'Change'. Yes, change tu bermaksud berubah. Dan berubah ni banyak benda untuk kita boleh ubah. Contohnya, kita ingin berubah daripada jahat ke baik. Tapi, ada sesetengah orang, dia berubah daripada baik ke jahat. Nauzubillah..



Ok, saya bagi contoh yang paling senang untuk korang semua faham.

Dialog 1 :

Abu: Weh Ali, aku dah insaf la. Aku dah tak nak buli orang lagi. Aku tahu aku banyak dosa dengan semua orang. Aku minta maaf, ye Ali atas kesilapan aku dulu.. Aku tahu aku jahat.. sebab tu aku nak jadi baik.. maafkan aku ok?
Ali: Apa? kau dah insaf? Hahaha.. Abu.. Abu.. Weh, dengar sini. Kau tu jahat. Kau tu suka buli orang. Aku rasa, kalau kau g mintak maaf kat semua orang atas kesilapan kau, aku rasa takde sape nak maafkan kau weh. Kau tak layak jadi baiklah! Lebih baik takyah lah!
Abu: Hmm.. :'(

Kita boleh tengok dari dialog di atas bahawa Abu ingin berubah daripada berlakuan jahat kepada berlakuan baik. Tetapi, Ali mengata kepada dia. Ali kata kepada Abu bahawa dia tak layak untuk jadi baik. Abu tak berhak jadi budak baik kerana diri dia sudah jahat.

Baik. Saya cakap straight to the point jelah okay? Dalam kehidupan ini, semuuua orang ingin berubah. Betul? Daripada tak baik, kepada yang baik, dari yang baik, menjadi yang lebih baik dan daripada lebih baik, kepada yang lebih lebih lebih baik. Tetapi! Masalahnya sekarang, perubahan ini tidak kekal lama. Kerana wujudnya manusia di sekeliling yang menghalang perubahan ini agar teerus istiqomah.



Kadang kadang.. ramai orang ingin berubah, tapi........... perubahan itu tadi terbantut kerana dengan kesilapan kita tidak menjaga perasaan orang yang ingin berubah. Sepatutnya apa tugas kita? Kita memberi sokongan, kita memberi galakan, agar perubahan itu tidak terhenti disitu shj bahkan diteruskan sampai bila bila. Sehingga ia menjadi lebih baik daripada hari ini.

'Berubah itu susah, jangan kerana kita, yang susah bertambah payah.'



Kisah Aku Anak Palestina.

                             

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana diberi peluang untuk kita bernafas sehingga sekarang. Ya Allah, aku bersyukur sangat :') Ok, hari ni, saya nak share satu cerita yaitu tajuknya sangat menarik perhatian saya untuk membacanya, "Aku Anak Palestina.". Sekarang dekat tv banyak cerita pasal Palestin diancam dari tentera Israel yang kejam.



MasyaAllah, Allahuakbar! Manusia sekarang sudah angau dengan dunia. Manusia sekarang sudah lupa akan  tanggungjawab yang Allah berikan. Solat lima waktu, zakat, menunaikan haji dan puasa. Mereka sudah lupa dibawa arus maksiat. Saya bukan berlagak baik atau alim. Saya juga sedar diri saya tidak cukup sempurna. Saya sedar saya juga pernah melakukan dosa. Tidak kira dosa besar atau dosa kecil. Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan kan? Allah uji kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Allah uji kita kerana nak tengok setinggi mana kesabaran kita, setinggi mana kepatuhan kita terhadapNya. Sebab itu, kalau kita diuji dengan dugaan di dunia ini, kita cakap kat diri kita depan cermin, 'mesti ada hikmah disebalik ujian ni. Allah lebih tahu.'

Setiap apaaaaaaa sahaja ujian yang kita terima, tak kira besar atau sederhana ujian itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Berusahalah untuk mencari hikmah tersebut. Inilah kisahnya yang saya petik dari website LangitIlahi. Enjoy!



Assalamu’alaikum,

Namaku Fathi, dan aku adalah anak palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku.  Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur bagiku.

Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan. Bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim itu, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang HAMAS tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.

Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya yang bermaksud kehidupan, Allah telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku, dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku memanggilnya ‘bapa’.

Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan-akan memberikanku cahaya. Ibarat matahari yang memberikan sinar buat dunia.

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar perjanjian gencatan senjata. Bapa telah mati dalam satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Umurku ketika itu adalah 20 tahun. Memandangkan pada waktu itu madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel, maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan HAMAS.

Perjuangan semakin sukar, kerana  Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara Islam yang lain berdiam diri dengan keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi semakin teruk.

Hari ini, buat kali yang entah ke berapa, Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza, daerah bebas terakhir di Palestina, kini telah menjadi tumpuan serangan.

Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara  sahaja. Amerika telah menjadi boneka Israel lantas bertindak sebagai perisai buat negara zalim itu. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan untuk Israel.

Kali ini, Israel menyerang dengan serangan yang amat dasyat. 200 buah jet pejuang telah dihantar ke ruang udara Gaza, dan melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian pada  hari pertama sahaja mencecah 3000 orang. Paling menyedihkan, yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua yang tak berdaya turut menjadi mangsa. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.

Gaza telah menjadi  sungai darah. Suasana yang memang sedih kerana penjajahan sebelum ini, kini menjadi  lebih menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga  banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan peperangan kali ini memang di luar akal. Sepanjang aku mengharungi pertempuran di bumi Gaza, inilah peperangan yang terdasyat sekali.

Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?

“ Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa”

Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua!

Hari ini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.

Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel. HAMAS telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kami juga diarahkan untuk merampas kereta kebal.

Ketika aku sedang menulis warkah ini, sebahagian anak-anak kecil sudah mula mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Aku jadi kagum. Mereka walaupun belum lagi berumur baligh, sudah matang untuk mengorbankan diri di jalan Allah SWT.

Aku berharap, Allah memberikan kekuatan kepada mereka sebagaimana kekuatan Rasul-Nya Dawud AS.

 “Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”

Aku merasakan bahawa apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran Allah kepada ummat Islam seluruhnya. Yang aku tahu, ummat Islam pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah akan keadaan saudara mereka yang lain.

Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saudara-saudara mereka.

Aku juga mendengar bahawa,negara-negara Islam di luar sana sudah tidak mengamalkan Islam di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun semenjak akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat Islam melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara  mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa.

Apa yang berlaku kepada kami di sini, aku tidak melihatnya lebih dari teguran Allah kepada ummat Islam itu sendiri. Dengan keadaan Palestina seperti hari ini, Allah hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. Allah hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan deenNya. Dan sesiapa yag meninggalkan deenNya akan berada dalam keadaan hina.

Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar tenggara asia pada lima tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yang menyatakan bahawa Allah telah marah, lalu menegur manusia dengan bala bencana.  Aku hanya mampu tersengih.

Kamu tahu, di Gaza ini, kiamat kecil berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami  ini adalah teguran Allah kepada mereka. Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman,

“Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang Islam di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami, dengan segala kudrat kami. Kami korbankan bukan sahaja masa dan harta, bahkan nyawa juga kami korbankan. Tetapi yang aku amat sedih adalah apabila, tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan.

Aku hairan dan pelik dengan orang-orang Islam di luar sana. Kamu tidak punya akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas? Sedangkan rumah-rumah kami dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami. Adakah membela diri digelar satu keganasan?

Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, kami pula yang diselar sebagai pengganas. Mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap demikian? Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,

“Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu reka sendiri. Jihad masyarakat, jihad menentang pencemaran, jihad menentang kemiskinan dan pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami yang sedang mempertahankan deen Islam ini. Sedangkan Allah telah mengizinkan kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,

“Telah diizinkan untuk kamu memerangi mereka yang menzalimi kamu…”

Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah.

Hal Palestin adalah hal deen Islam itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak melenyapkan Islam  itu dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini, adalah mempertahankan Islam itu sendiri hakikatnya. Kami sanggup berkorban, kerana kami sedang mempertahankan Islam. Kami bukan nasionalis, kami adalah hamba Allah SWT. Hanya Allah SWt mampu membeli jiwa-jiwa kami. Bukannya dunia atau perkara lain.  Sungguh kami melihat betapa Allah hanya redha pada Islam, bukan pada negara-negara yang kita duduki. Allah telah berfirman,

“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu(ISLAM), dan aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu”

Kamu tahu yang Masjidil Aqsa itu adalah tempat suci ummat Islam. Ia sama sahaja seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Tetapi kenapa dua masjid itu kamu tatang seperti minyak yang penuh, sedangkan masjid suci di Palestin ini kamu biarkan? Bukankah masjid ini tempat Rasulullah dimikrajkan ke langit? Adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila tembok tempat  Rasulullah SAW menambat buraq dijadikan tembok ratapan oleh kaum yahudi? Adakah kalian lupa firman Allah?

“Maha Suci kepada yang mengisra’kan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya dan ditumpahkan cahaya kepadanya dari ayat-ayat KAMI”

Hati kalian telah dibius. Kalian hanya mampu bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dengan itu, kalian menggelar kami yang berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna semua ini? Ini menunjukkan Islam itu telah pudar dari penghayatan kalian. Kalian yang tidak bergerak membantu kami itu, adalah tanda lemahnya hubungan kalian dengan Allah SWT. Kalian lebih takut segala halangan yang direka  oleh musuh-musuh Allah dari Allah itu sendiri. Adakah kalian lupa sabda Rasulullah SAW?

“Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya”

Bukankah ALLAH juga ada berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya”

Tapi pakah pengkhianatan yang berlaku hari ini? Apakah yang kalian akan katakan kepada Allah pada hari kelak akan pengkhianatan yang kalian lakukan kepada kami hari ini?

Adakah kalian sangka, Israel itu akan berhenti selepas menawan Palestin ini? Ketahuilah yang mereka itu akan bergerak menawan seluruh negara Islam yang lain selepas menyelesaikan kerja mereka menawa Palestin. Mungkin aku telah tiada ketika itu. Tetapi aku tahu apa yang akan berlaku. Kamu tahu apa yang akan berlaku? Apa yang akan berlaku pada kamu ketika itu adalah apa yang telah berlaku kepada kami ketika ini. Ketika itu kamu akan merasa sebagai mana yang telah kami rasai hari ini. Allah telah berpesan,

“Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka”

Tidak cukupkah penderitaan kami? Sehingga bila kamu semua hendak tidur memekakkan diri? Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di bumi sendiri.

Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan menjerit memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita. Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat? Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama. Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Kalian tahu, mereka yang mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan Allah. Kami akan diberikan keistimewaan untuk terus masuk ke syurga. Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung”

Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika itu.

“ …alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah”

Kamu tahu, aku dan semua sahabatku, juga semua mereka yang telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belasungkawa kalian. Yang kami perlukan adalah perubahan diri kalian. Kita saudara bukan?  Kenapa kalian mesti membiarkan kami?

Berubahlah. Berubahlah dengan menjadi hamba Allah SWT. Ketahuilah bahawa Islam itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu. Kenapa kalian membiarkan kami? Buangkanlah wahn dalam hati kalian. Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang benar dan kekal abadi selama-lamanya. Bukankah Allah telah berpesan kepada kalian,

“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasan kamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, sungguh dia telah memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dari kesenangan yang memperdaya”

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian? Adakah kerana mereka memegang harta kalian? Wahai saudaraku, hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. Allah jugalah yang memegang nyawa kalian. Allah jugalah yang menjaga kalian. Allah jugalah yang berkuasa atas kalian. Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segala perkara”

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara. Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. Apa yang kalian takutkan?

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya,

“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”

                Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”

                Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”

                Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?”

                “Cinta dunia dan takut mati”

Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera dan senjata yang hebat-hebat. Kalau seluruh negara Islam bersatu, Amerika juga bukan tandingan. Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan kalian. Kenapa kalian takut? Sungguh ketakutan yang hadir dalam diri kalian adalah tanda keimanan kalian belum lagi benar kepada Allah SWT.

Marilah membantu kami. Bukankah di dalam Al-Quran yang kalian kita sama-sama membaca ada tertulis,

“Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka”

Ah…

Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap sekarang. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. Kalian yang terus hidup akan ke mana? Kalian akan dipersoalkan atas apa yang berlaku pada kami hari ini. Allah bersama kami dan tidak bersama-sama musuh kami. Mati kami mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yang menang sebenarnya.

ALLAH itu matlamat kami,

Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,

Al-quran itu perlembagaan kami,

Jihad itu adalah jalan kami,

Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.

Aku tinggalkan pesanan ini, moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yang berlaku di sini. Pesanan ini untuk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah denganku.

Semoga Allah mencampakkan kesedaran dalam hati kalian, semoga Allah membangkitkan raksasa yang tertidur akibat bius yang disuntik oleh musuh, semoga Allah membangkitkan kekuatan kita. Semoga ISLAM itu kembali tinggi seperti dahulu kala, atau mungkin lebih baik lagi.

Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji,

“Sekiranya kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki kamu”

Ketahuilah, Allah tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita berusaha.

Allah mengingatkan kita dalam firmanNya,

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka”

Salam dari sahabat dan saudara kalian, anak Palestina bumi berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan.

Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira.

Wassalam.

Anak Palestina, Fathi Abzinah.



Maal Hijrah

                          

Hello people! Sihat? Semoga sihat sihat sahaja. Saya, alhamdulillah, sihat walafiat ;) Ha, malam ni saya nak cerita sikit pasal Maal Hijrah. Bulan dimana catatan amal kita telah ditutup, diserahkan kepada Allah swt, lalu digantikan dengan buku catatan amalan yang baru. SubhanaAllah.

Sebelum saya memulakan cerita saya pasal maal hijrah, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf jika ada salah dan silap. Tak kisah la siapa. Harap dimaafkan.



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42


Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Saya wakil dari keluarga Raja Arif, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434h :) Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. InsyaAllah :))