Support the Change!
Hello people! Sihat? Semoga sihat sihat jee yee :) Alhamdulillah, saya sihat walafiat.. ya Allah.. dah lama tak update blog. hoho :3 Takpe2. Hari ni saya rajin sikit. hehe, sikit je. Jadi, sempena hari ini, saya nak share lah sikit berkenaan..... ce tgk gak tajuk post ni~ haaa, pasal Support the Change!
Yeap, tu lah tajuk yang saya nak share sikit pada hari ini. Dari segi tajuk tu, kita boleh tahu tentang 'Change'. Yes, change tu bermaksud berubah. Dan berubah ni banyak benda untuk kita boleh ubah. Contohnya, kita ingin berubah daripada jahat ke baik. Tapi, ada sesetengah orang, dia berubah daripada baik ke jahat. Nauzubillah..

Ok, saya bagi contoh yang paling senang untuk korang semua faham.
Dialog 1 :
Abu: Weh Ali, aku dah insaf la. Aku dah tak nak buli orang lagi. Aku tahu aku banyak dosa dengan semua orang. Aku minta maaf, ye Ali atas kesilapan aku dulu.. Aku tahu aku jahat.. sebab tu aku nak jadi baik.. maafkan aku ok?
Ali: Apa? kau dah insaf? Hahaha.. Abu.. Abu.. Weh, dengar sini. Kau tu jahat. Kau tu suka buli orang. Aku rasa, kalau kau g mintak maaf kat semua orang atas kesilapan kau, aku rasa takde sape nak maafkan kau weh. Kau tak layak jadi baiklah! Lebih baik takyah lah!
Abu: Hmm.. :'(
Kita boleh tengok dari dialog di atas bahawa Abu ingin berubah daripada berlakuan jahat kepada berlakuan baik. Tetapi, Ali mengata kepada dia. Ali kata kepada Abu bahawa dia tak layak untuk jadi baik. Abu tak berhak jadi budak baik kerana diri dia sudah jahat.
Baik. Saya cakap straight to the point jelah okay? Dalam kehidupan ini, semuuua orang ingin berubah. Betul? Daripada tak baik, kepada yang baik, dari yang baik, menjadi yang lebih baik dan daripada lebih baik, kepada yang lebih lebih lebih baik. Tetapi! Masalahnya sekarang, perubahan ini tidak kekal lama. Kerana wujudnya manusia di sekeliling yang menghalang perubahan ini agar teerus istiqomah.

Kadang kadang.. ramai orang ingin berubah, tapi........... perubahan itu tadi terbantut kerana dengan kesilapan kita tidak menjaga perasaan orang yang ingin berubah. Sepatutnya apa tugas kita? Kita memberi sokongan, kita memberi galakan, agar perubahan itu tidak terhenti disitu shj bahkan diteruskan sampai bila bila. Sehingga ia menjadi lebih baik daripada hari ini.
'
Berubah itu susah, jangan kerana kita, yang susah bertambah payah.'