king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Madrosatii :)



Hari ni, saya nak cerita sikit tentang sekolah saya. Boleh? Terima kasih :P Baik, nak tahu taaaaak. Saya cerita dari A-Z. Boleh? Terima kasih :P



-----------------

Dulu, masa saya sekolah rendah, masa darjah6, saya menetap di SKPP8(1). Darjah6? Biasa lah, UPSR. Time semua pelajar kena berkumpul kat dataran, masa tu cikgu nak umumkan siapa dapat 5A. Saya ingat lagi, masa tu saya duduk sebelah rakan akrab saya. Okay. Saya rindu dia :') Nvm. Masa dah diumumkan semuaa. Alhamdulillah.. seramai 43org dapt 5A. Saya? Hehe, alhamdulillah jugak.. kerana saya dapat 4A1B. Ya Allah.. bersyukur sangat2 sebab time trial UPSR saya dapat 1A4B jee :(

Alhamdulillah.. ayah dan mak saya pon turut gembira dgn result saya tuu. Ok, nak dipendekkan cerita, selepas dapat result tu, mak saya tanya, "nanti ifah nak sekolah mana?" Saya terkejut. Saya pon jawablah dengan hati yang tenang :P "ifah nak sekolah SMKPP8(1)." Mak saya lagi lah terkejut dengan respon saya tu. Mak saya cakap, sekolah tu, disiplinnya tak terkawal sikit. Jadi, saya pon angguk tanda setujulah dengan kata kata mak saya tu.

Pada suatu malam, *acece*, mak saya tanya saya, "ifah, dekat Presint 11, ada satu sekolah agama baru bukak. Nama sekolah tu.. SMAPUTRA. dekat sekolah tu pon hanya ada pelajar form1, dengan form2." Saya jawab, "oo.. takpelah ibu.. ifah tak nak pon.. nanti kena balik lewat.. kalau sekolah dekat SMKPP8(1) ni, kalau KAA, balik pukul 5 setiap hari Selasa je. Lagi pon, Presint 11 jauh dari rumah kita kan.. ifah boleh lah pergi sekolah dengan ibu je.." Mak saya balas "lah.. macam tu pulak.. kan dulu ifah sekolah Al Amin. Ibu tengok, ifah boleh je menyesuaikan diri dengan sekolah Agama.. macam mana ifah boleh tak selesa pulak balik lewat? Sekolah Al-Amin tu kan balik petang jugak.." Saya jawab balik "yelah ibu.. nanti ifah fikir nak sekolah mana.." 
Untuk pengetahuan semua (pembaca), mak saya bekerja sebagai guru di SMKPP8(1). Jadi, beliau dah masak dengan perangai budak budak sekolah situ.

Pada keesokan pagi, mak saya tanya saya, "dah fikir nak sekolah mana?" Saya cakap.. "dah kot.."Balas mak saya, "ha, sekolah mana? " Saya terus jawab yang saya nak sekolah SMKPP8(1). Mak saya tersentap. Mak saya ingat, pilihan saya SMAPUTRA.. rupanya tak.



Dipendekkan cerita, mak saya memaksa saya jugak untuk mendaftarkan diri ke sekolah SMAPUTRA tu.. Jadi, pada hari pertama persekolahan, saya menjejakkan kaki dengan berat hati. Sangat berat hati. Tapi, mujurlah ada seorang kawan dari sekolah rendah saya dulu.. tapi kami berdua tak rapat sangat.. tapi, Alhamdulillah.. saya dapat lah jugak menyesuaikan diri dengan dia.

Beberapa bulan kemudian... Alhamdulillah.. saya bersyukur kerana mempunyai rakan rakan yang sangat baik . Syukur. Alhamdulillah juga.. saya dapat berjaya dengan menyesuaikan diri dengan situasi di sekolah tersebut. Alhamdulillah.. saya dah mula menyukai sekolah tersebut. Alhamdulillah.. saya dah mula sayang akan sekolah tersebut :')

----Tamat----

Nampak tak? Pada mulanya, saya amat tak suka sekolah tu walaupon tu sekolah Agama. Tetapi, semakin lama, semakin saya sayang akan sekolah tu. Kenapa? Macam mana boleh jadi macam tu? Saya dah dipilih olehNya untuk sekolah disini. Memang saya terpilih. Ustaz cakap, "Kamu semua patut bersyukur kerana dipilih masuk ke sekolah Agama ini. Kamu terpilih.. tidak seperti orang diluar sana. Ingat, bukan senang untuk masuk sekolah ni.. orang yang terpilih sahaja boleh masuk ke sekolah ni.. Bersyukurlah."



-Ku panjatkan berjuta juta syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memilihku ke sekolah ini.-