Maal Hijrah
Hello people! Sihat? Semoga sihat sihat sahaja. Saya, alhamdulillah, sihat walafiat ;) Ha, malam ni saya nak cerita sikit pasal Maal Hijrah. Bulan dimana catatan amal kita telah ditutup, diserahkan kepada Allah swt, lalu digantikan dengan buku catatan amalan yang baru. SubhanaAllah.
Sebelum saya memulakan cerita saya pasal maal hijrah, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf jika ada salah dan silap. Tak kisah la siapa. Harap dimaafkan.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Saya wakil dari keluarga Raja Arif, ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434h :) Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. InsyaAllah :))
