Kawan.
Hello people. hehe :3 sihat? Hope sihat walafiat je. Alhamdulillah, saya sihat jee. Saya rasa cuti tahun ni macam tak cuti pun. Sebab? ada kerja Sains la, kerja KHB la. <blablabla> okay, sumpah malas gilaaaaa nak buad kerja kerja TERSEBUT.

Nak share lah sikit pasal 'kawan' ni. Kita semua ada kawan. kan? Saya pon ada. Tapi ada sesetengah orang yg tak suka berkawan tu.. lain cerita lah :) Saya cuma nak skop pasal kawan baik. haaaaaa :)
Bukan senangkan nak cari kawan yang betul betul dikatakan KAWAN. Dan bukan senang nak jadi kawan yang baik. Kawan baik ni selalunya tak pernah pecahkan rahsia kita dengan sesuka hati. Kawan baik ni selalu memberi nasihat kepada kita ke arah yang benar tetapi sebaliknya ada juga yang menasihati ke arah kejahatan. Kawan yang baik tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai raamai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Tapi, saya salah. Saya tersilap pilih kawan. Kawan baik saya sendiri menikam belakang saya. Saya tak tahu macam mana lah dia boleh jadi macam tu. Sedih. Hanya Dia sahaja yang tahu cerita yang sebenar. Perlu ke aku lupakan kawan baik saya tu? Perlu ke saya nak tikam belakang dia balik? Perlu ke saya nak tinggalkan dia macam tu saja? Perlu ke? Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan kebenaran. Tunjukkanlah aku jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah ini. Amin.
pls : Jagalah kawan anda dengan baik. Pimpinlah dia ke jalan yang benar. Ajarkanlah dia erti kawan yang betul. Semoga kita menjadi kawan baik yang baik :) InsyaAllah. Wallhua'lam.
