king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Couple vs Single




hello semua. sihat? alhamdulillah.. pada petang yg mulia ni, saya nak cerita pasal COUPLE VS SINGLE. yes, tu lah tajuk kita pada hari ini.

Apa yang korang2 semua tahu tentang COUPLE? Mungkin ada orang ckp couple ni macam bercinta lah.. tapi bagi saya, couple ni bermaksud BERDUA-DUAN. jadi, couple ni boleh dikatakan seolah-olah budaya budak2 zaman sekarang.



Baiklah, couple ni bermula dari saling berpandangan mata then turun ke hati kita. Dan, mulalah saling senyum  satu sama lain, then bermulalah iaitu CINTA.. kadang2, kita pernah tengok kan, kat facebook lah.. kat twitter lah and lain2, pernah kita jumpa pasangan ni saling cakap 'sayang, baby, papa, mama, darling, honey dan sewaktu dengannya. Lepas tu, ada pula sesetengah pasangan ni sampai membuat perjanjian akan hidup semati la.. dan macam-macam lagi.

KENAPA ADA ORANG CAKAP COUPLE NI HARAM? yep, ramai orang cakap macam tu. tapi kita nak tahu yang sebenarnya. Kalau nak tahu, sila rujuk surah.. jap2, ha! surah AL HUJURAT ayat 13. Firmannya, wahai manusia, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
tapi, ayat tu tidak sangat menjelaskan tentang boleh atau tidak mengadakan perhubungan percintaan atau saling berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. kita jugak boleh rujuk surah AnNur ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.". 

  dalam ayat kat atas ni, Allah telah menjelaskan kita supaya menjaga pandangan daripada memandang perkara2 yang tak elok termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menahan nafsu! perintah ini ditujukan pada kaum Adam.

baiklah, ada dalil yang sangat kukuh tentang percintaan iaitu dalam surah Al-Israa' ayat 32. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Jadi, nak di pendekkan cerita, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ itu, adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.



so, takyah nak sibuk bercintan-cintun lah.. kita sibukkan kan dengan amalan yang lagi penting untuk lakukan daripada bercinta yang tidak memberi apa2 faedah atau kebaikan. memang saya ada pengamalan bercinta, tapi itu dulu. sekarang, new life! haha =D kepada para pelajar, dan juga saya, kita fokuskanlah pada pelajaran, dan tinggalkan cinta2 ni. hehe, akhirul kalam, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam maghrib =)