king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Change.





Hello people. Sihat? Alhamdulillah.. pada malam yang mulia ini, syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk kita bernafas. btw, besok kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Saya terlihat di news feed, peeeeeenuh dengan status pasal raya. ada yang tulis pantun dan lain lain. Yang buat saya tertarik menarik tertarikan memang debom pada malam ini, ialah tentang seorang kawan karib saya. Nama dirahsiakan.. dia lelaki.

Baiklah, baru shj sebentar tadi, saya add dia dekat facebook. Tapi yang sedihnya dia tak approve... saya bertindak dengan memberi dia mesej dekat chat.. dia balas. Tapi agak lambat.



Apa yang menarik? Apa yang sangat sangat menarik bagi saya ialah, tentang dia. Dulu, time saya dgn dia sekolah sama-sama, perangai dia, nauzubillahiminzalik.. betul betul nakal. Bagi saya la. Tapi, sekarang dia dah berubah! Dia dah bertukar ke alam baru. Dia memberi saya inspirasi yang sangat mantap.



Dan, ketika sedang menunggu dia reply, akhirnya dia reply jugak. Okay, senang cerita, saya 'printscreen' kan chat saya dengan dia.



Yang jawab 'what :P' itu ialah dia. Apa yang saya dapat daripada chat di atas ini ialah..saya tahu, dulu dia sangat sangat nakal. Dan perangai dia boleh dikatakan kurang ajar, takde disiplin dan sebagainya. Tapi, itu dulu. Kini, dia telah berubah ke arah yang baik. Saya tak tahu adakah niat dia betul atau saja saja nak menunjuk. Hanya Dia yang tahu. Jadi, saya sebagai rakan karibnya hanya perlu berdoa agar perlakuannya akan diteruskan sampai bila bila dan ia tidak akan terhenti di situ sahaja.

Ok, kita masuk tajuk kita malam ini. Change. Change ini bermaksud berubah. Berubah ini pula tukar. Jadi apa yang saya nak share ialah kita kalau nak berubah, betul betul nak berubah, kita mesti! mesti ada niat yang betul. Contoh paling senang ialah tentang kawan saya itulah. Dulu dia nakal, sekarang dia dah baik. Dia dah tak nakal seperti dulu. Tapi, kita nak tahu betul ke dia dah berubah..? atau sebaliknya? Tu sebab saya cakap, kalau kita nak berubah kena ada niat yang betul. Bukan semata mata kena paksa atau sebaliknya.

Kita pernah dengar kan orang cakap, kalau kau nak berubah, berubah lah kerana Allah bukan kerana siapa siapa. Ye, tepat sekali. Kalau kita mahu berubah, kita berubah lah kerana Allah. Allah suka kita berubah kerana Nya. Cuma syaitan je yang tak suka.


Pernah tak.. kita dah janji nak berubah tapi pada satu hari tu kita buat jahat balik. Pernah tak? Saya jujur saya pernah seperti itu. Kalau perkara tersebut terjadi pada korang2 semua, cepat cepatlah istighfar. Ingat Allah. Mungkin kita tak perasan. Syaitan semua tempat dia ada.

Tapi! Kadang kadang, kawan kita nak berubah, tapi kita gelak kan dia. Contoh :

Ali : Abu, jom kita pergi masjid. Solat asar berjemaah. Asar dah nak dekat ni..
Abu : eh eh, sejak bila pulak kau rajin pergi surau ni? dulu bukan main malas nak pergi.
Ali : aku dah insaf lah weh.. aku nak jadi baik.. Aku tahu aku banyak dosa dengan Allah..
Abu: hahaha! kau? kau nak jadi baik? hahaha, weh, takyah lah weh takyah la. Kau tak patut la weh..
Ali : hmmm....

Pada pendapat anda, apa patut kita bagi nasihat pada orang macam Abu tu? Perlu ke Ali balas balik apa yang dia cakap macam tu? Perlu ke? Sama sekali tidak. Kalau lah saya jadi Ali, saya akan cakap 'so what?' Itu pon kalau saya lah...

Jadi, dari dialog kat atas itu tadi, apa yang pengajaran yang kita dapat? Banyak. Banyak pengajarannya.

Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya. Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
         Saya ulang balik hadis tersebut. 'Bacalah quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis'.

Buat buat lah menangis. Tu bukan maksudnya berlakon ke? Kan? Ada ke time kita nak berubah kita main main sedangkan benda tu adalah benda yang bukan untuk main-main? Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
                     
                         


















Erm, sampai di sini sahaja lah. Terasa seronok pulak nak tolong mak buat makanan untuk hidangan pagi raya aidil adha besok. Ok, akhirul kalam assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam di serata dunia =)