king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Wajah yang cantik :)

                             
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. pada petang yg mulia ni, saya nak share satu kisah kpd semua yg sudi baca blog saya. Tajuk kisah tu ialah....... tgk la tajuk post tu haaa :) okey, jom baca kisah ni.
      Pada suatu hari, seorang pemuda berkunjung ke rumah Al-Ahnaf bin Qais. Al-Ahnaf ni ialah seorang cendekiawan Islam yg terkenal di zamannya. Rumah al- Ahnaf mmg sering dikunjungi orang ramai     terumatanya.....anak muridnya dan sahabat handainya. Mereka datang untuk menuntun ilmu daripadanya. 


     Namun, kedatangan pemuda daripada suku Tai'yi menarik perhatian al-Ahnaf. Beliau mendapati pemuda itu seorang yg kemas dan kacak. Pemuda itu juga berbeza daripada pemuda2 lain yg sebaya dgnnya.
     Tanpa membuang masa, Al-Ahnaf ni pun tanya, "wahai orang muda, adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?" 

     Pemuda itu menjawab, "memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dgn sesuatu. Iaitu apabila bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau ada orang sedang bercakap saya hanya diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak mengkhianatinya." 

     Al-Ahnaf pun berkata, "Benar kata-katamu itu wahai orang muda. Kamu menghiasi dirimu dengan akhlak mulia."


      #pengajaran dari kisah tersebut,: Allah memberi kelebihan kepada orang yg menghiasi dirinya dgn akhlak yg baik. jadi, marilah sama sama kita sentiasa berbuat baik kerana Allah dan bukan kerana paksaan oleh sape2. InsyaAllah, Allah akan memberi sesuatu yg cukup istimewa kpd kita. Wallahua'lam.