king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Mencari rahmat Allah.



ermm, hari ni nak cerita pasal 'mencari rahmat Allah swt'. okey, saya search kat Google tentang tiga syarat untuk mendapat rahmat Allah iaitu, pertama IMAN. kedua HIJRAH dan ketiga JIHAD FI SABILILLAH.  jadi, nak katanya sebenarnya rahmat Allah ni maksudnya kasih sayang Allah kpd hambanya. hambanya kitalah. kalau takda rahmat Allah, kita ni mungkin tak akan hidup bahagia di dunia atau di akhirat. contoh paling senang yg saya boleh beri iaitu, rumah, kereta, makanan yg sedap2, itu semua nya adalah rahmat Allah. ha, lebih2 lagi, masa di akhirat nanti. SEMUA amalan kita diterimaNya dan dosa-dosa kita juga di ampuniNya. dan ni adalah antara kesan-kesan rahmat Allah. Malahan, seseorang tak akan mungkin masuk syurga tanpa rahmat Allah.

Nabi Muhammad pernah bersabda,

“Tidaklah amalannya yang memasukkan salah seorang daripada kamu ke dalam syurga dan tidak pula ia menjauhinya daripada neraka; demikian juga dengan aku, kecuali Rahmat daripada Allah”.[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

jadi, apa yang boleh saya simpulkan dari hadis di atas ni, bukanlah amalan kita yg memasukkan kita ke dalam syurga sebaliknya manusia masuk syurga atas sebab kerana mereka mendapat berkat Rahmat Allah.

dan, antara cara untuk mendapat rahmat dripda Allah ni adalah seperti bersyukur. saya terbaca satu artikel yg menarik perhatian saya utk membacanya.


Riwayat seorang hamba Allah, yang sembahyang selama 500 tahun, minta dimatikan dalam keadaan sujud. Permintaannya ditunaikan. Jadi selama 500 tahun itu Jibril mendapati memang dia sentiasa dalam keadaan bersujud sahaja. Dengan ilmunya, Jibril merasakan bahawa hamba Allah ini kelak akan mendapat rahmat Allah dan dimasukkan ke dalam syurga. Tetapi bila hamba Allah ini menyatakan dia masuk syurga kerana amalnya, maka Allah menarik balik arahanNya. Lalu Allah minta Jibril bermuhasabah, membandingkan nikmat yang telah diberikan semasa di dunia dengan nikmat dari amalan hamba Allah ini. Malangnya nikmat dari amalnya belum ada satupun. Lalu Jibril diarahkan supaya dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi setelah hamba Allah ini menyedari dan mengakui betapa banyaknya nikmat yang telah dikecapi selama dia beribadah 500 tahun itu adalah kerana rahmat Allah, barulah dimasukkan semula ke syurga.
         Riwayat ini menunjukkan bahawa:

·         Hamba Allah ini dimasukkan ke syurga adalah kerana rahmat Allah, bukan amalannya yang 500 tahun itu,
·         Rahmat Allah akan diberikan kepada mereka yang mensyukurinikmatNya ketika di bumi, bukan kerana sembahyangnya,
·         Nikmat Allah s.w.t. ialah apa sahaja yang memberi faedah kepada keperluan hidup manusia ketika di bumi.

Kesimpulannya, rahmat Allah akan diberikan kepada mereka yang mensyukuri nikmat-nikmatNya, bukan kerana sembahyangnya. Nikmat-nikmat Allah dalam riwayat ini ialah apa sahaja yang memberi faedah kepada keperluan hidup hamba Allah itu ketika di bumi. Kesyukuran inilah yang membawa hamba Allah ini ke syurga, bukan kerana sembahyangnya.