king
Follow @RjaArifah

السلام عليكم

Sayonara Jahiliyyah. 23 Jun 1999.


Entries About Linkies

Kedai Kopi


Credits!

Template: Umi Humaira
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

Kenapa Allah nak uji kita?



okey, hari ni sebenarnya takde mood. ada masalah teknikal sikit. biasalah, manusia mana tak penah   diuji oleh Allah kan? kita kena ingat, kita ni hanyalah manusia yang biasa. kita bukannya sempurna sangat. semua orang tak sempurna k? Allah cipta kita otak, kaki, tangan, mulut, telinga, hidung. tapi, kita tersalah gunanya :')

jadi, sebenarnya saya nak tekankan pada tajuk kita hari ni. Kenapa Allah uji kita? kenapa? kenapa? kita selalu terfikir kenapa Allah ni uji kita dgn benda2 yang tak sepatutnya berlaku. dan, benda tu kita tak suka. dan benda tu juga boleh menjatuhkan maruah kita! takpe, sabar. sabar dan senyumlah. herm, saya takde mood hari ni pon sebab ada dugaan datang menimpa diri saya. jadi, kalaulah masa tu kita boleh putar :) kan bagus. takpe, sabar arifah, sabar. Allah sentiasa bersama dgn orang yang bersabar.

Kenapa Allah uji kita dengan ujian yang sangat sangat besar? kenapa ya Allah? Aku tahu aku ni hambaMu yang sangat jijik, hina di sisi Mu. kau tabahkan aku ya Allah. aku kena menghadapi dugaan ini, aku kena! aku tahu, kenapa Engkau uji aku dgn benda ini. sebab, pertama, mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya :) kedua, sebab Allah sayangkan kita. Allah uji kita dgn dugaan yang sangat besar kerana Allah sayang kita! semakin besar dugaan itu, semakin kita menjadi orang yang lebih sabar dan tunduk kepadaNya. Semakin payah dugaan yg kita terima, semakin kuat dan sabar diri kita.

Jadi kita sebagai hambaNya, janganlah sesekali kita mengeluh dengan setiap ujian yg datang.. Ingat, segala apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya. jangan kita salahkan takdir dan jangan sesekali kita melawan takdir. Kita sebagai hamba Allah yang hanya menumpang seketika di bumiNya. kita kena sentiasa istiqamah dan ingat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang baik dan apa yg buruk bagi hambaNya........

Saya ni bukan berlagak alim atau berlagak ustazah ke apa. saya pon hanya manusia biasa yang juga  leka dgn duniawi. saya pon takleh lari dari terima dugaan Allah. jadi setakat ni jelah yg dapat saya kongsi. insyaAllah apa yang saya beri ni mungkin dapat memberi faedah kepada semua. apa yang baik itu datangnya dari Allah, apa yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendri. Wallahua'lam.